welcome





Friday 25 November 2011

SEJARAH HOKI

SEJARAH PERMAINAN HOKI DI MALAYSIA

Menurut sumber yang boleh dipercayai, permainan hoki diperkenalkan oleh askar-askar dan kakitangan Inggeris yang menjalankan tugas di Tanah Melayu sekitar tahun 1892. Namun, permainan ini cuma dapat menarik minat orang-orang Inggeris yang ada. Penduduk tempatan hanya melihat sahaja bagaimana permainan ini dimaikan oleh mereka kera penduduk tempatan belum menunjukkan minat mereka.
Tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu perlawanan antara Selangor dan Singapura. Hanya pada tahun 1920 penduduk tempatan menunjukkan minat untuk turut serta bermain permainan hoki ini. Jumlah pemain semakin hari semakin bertambah. Semakin ramai yang berminat untuk mempelajari permainan hoki.
Tahun 1926 perlawanan hoki pertama yang melibatkan penduduk tempatan diadakan. Perlawanan tersebut adalah antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-Negeri Selat. Tidak beberapa lama kemudian, tertubuhlah pasukan hoki kebangsaan yang pertama. Ini bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India.
Lantaran daripada perlawanan itu, pasukan kebangsaan telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kongdan Macoa. Keputusan yang sangat memberangsangkan kerana pasukan kebangsaan telah menang semua perlawanan persahabatan tersebut.
Tahun 1948 melakar sejarah yang tersendiri apabila liga hoki diadakan di Taiping seterunya diikuti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang. Juga pada tahun ini, tertubuhnya Persekutuan Hoki Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai MHF. Penubuhan persekutuan ini adalah untuk menyalaras permaian hoki di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tahun 1953, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kesannya, pasukan kebangsaan mendapat peluang untuk turut serta dalam kejohanan dan pertandingan yang diadakan diperingkat antarabangsa.
Kini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara yang maju dalam permainan hoki. Sejarahnya, Malaysia telah pun layak memasuki sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak dari tahun 1956. Pasukan kebangsaan juga sering kali menyertai banyak pertandingan diperingkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia, dan Piala Belia Remaja.

No comments:

Post a Comment