welcome





Saturday 25 February 2012

Teori kreatif dan pemikiran kreatif


PENGERTIAN KREATIVITI

            Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

            Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Perkembangan Kreativiti Fisher mempunyai beberapa tahap perkembangan iaitu :
a)    Peringkat Rangsangan (pada peringkat ini guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.)

b)    Peringkat Penerokaan (peranan guru untuk merangsang murid supaya berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.)

c)    Peringkat Perancangan (Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.)

d)    Peringkat Aktiviti  (Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.)

e)    Kajian Semula  (Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.)

 PEMIKIRAN KREATIF

Teori daripada pengkaji pemikiran yang mengatakan sememangnya dalam diri setiap individu mempunyai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang kita lakukan setiap hari seperti pemikiran jenis lain juga.

            Apakah perbezaan pemikiran kreatif dengan pemikiran yang lain itu? Abdullah dan Ainon mengatakan pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu.
            Matlamat menggunakan gaya pemikiran kreatif ialah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, rekacipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perundingan dan sebagainya.

Thursday 19 January 2012

TAKWIM PENCEGAHAN JENAYAH SKDS 2012

TAKWIM KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
2012
BULAN
AKTIVITI
TARIKH / CATATAN
  Januari
Pelantikan AJK & Pengenalan (KPJ)
12/01/2012

Februari

Mesyuarat kali pertama
3/02/2012
       Mac
Melukis Poster Tentang Jenayah
9/03/2012

       April
Gotong-royong
14/04/2012
Mei

Sesi Percambahan Minda Mengenai Jenayah
12/05/2012
Jun
Lawatan dan rombongan
2/06/2012

Julai


Pertandingan Sketsa dan Lakonan Jenayah

16/07/2012


Ogos


Tayangan Video tentang Isu-Isu  Jenayah

17/08/2012

September


Mengadakan Kerja Amal (Membersihkan Persekitaran surau sekolah)

22/9/2012

   Oktober
Pembubaran AJK Sesi 2012

23/10/2012






KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK DATO' SAGOR



JAWATANKUASA INDUK KELAB PENJENAYAH SKDS 2012


PENASIHAT:
EN. ABDUL MUTTALIB BIN OMAR PTT, PJK
(GURU BESAR SK DATO’ SAGOR)

PENGERUSI:
EN. YAL KHATTAB BIN ABD GHANI
(PENOLONG KANAN HEM)

TIMBALAN PENGERUSI 1:
EN NORAINI BIN ABDUL SAMAT
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

TIMBALAN PENGERUSI 2:
EN. ZAINAL ANUAR BIN HJ ABDUL RASHID
(PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM)

KETUA:
TN. HAJI SABREE BIN AHMAD
(KETUA  GURU PENASIHAT KPJ)

SETIAUSAHA:
EN. MUHAMAD SYAWAL BI RADZALI
(GURU PENASIHAT KPJ)

AHLI JAWATANKUASA:

PN. KHAIRIYAH BINTI MOHAMED  NAZRI
PN. SITI HAIZAZURA BINTI ISMAIL
PN HJH FOZIAH BINTI SHAM
CIK ZATUL ITRI BINTI KAMARUZZAMAN
PN. KARTINA BINTI ABDUL KARIM