welcome





Saturday 25 February 2012

Teori kreatif dan pemikiran kreatif


PENGERTIAN KREATIVITI

            Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

            Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Perkembangan Kreativiti Fisher mempunyai beberapa tahap perkembangan iaitu :
a)    Peringkat Rangsangan (pada peringkat ini guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.)

b)    Peringkat Penerokaan (peranan guru untuk merangsang murid supaya berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.)

c)    Peringkat Perancangan (Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.)

d)    Peringkat Aktiviti  (Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.)

e)    Kajian Semula  (Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.)

 PEMIKIRAN KREATIF

Teori daripada pengkaji pemikiran yang mengatakan sememangnya dalam diri setiap individu mempunyai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang kita lakukan setiap hari seperti pemikiran jenis lain juga.

            Apakah perbezaan pemikiran kreatif dengan pemikiran yang lain itu? Abdullah dan Ainon mengatakan pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu.
            Matlamat menggunakan gaya pemikiran kreatif ialah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, rekacipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perundingan dan sebagainya.